Search This Blog

Monday, 25 November 2013


Kulit Buku

Tugasan yang seterusnya adalah menghasilkan kulit buku. Saya telah menghasilkan kulit buku berkaitan dengan bidang sukan yang saya paling gemari iaitu bola jaring. Saya telah menggunakan Microsoft Publisher untuk menghasilkan kulit buku ini yang bersaiz A4 dan menggunakan adope PhotoScape. Beberapa kulit buku telah dihasilkan, namun saya telah memilih kulit buku ini sebagai hasil kerja saya.  






        10 Video Lucu Dalam Sukan 



         Pada kali ini, saya akan 'post' 10 video lucu dalam sukan. Tujuan pencarian video lucu ini adalah supaya saya dapat mengaplikasikan cara pencarian video lucu melalui youtube dan dapat digunakan dalam kelas sekiranya saya berkhidmat sebagai seorang guru suatu hari nanti. Sebelum memulakan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), seseorang guru itu tidak boleh terus masuk ke dalam kelas dan terus mengajar. Guru perlu menarik perhatian murid-muridnya sebelum memulakan proses P&P. Salah satu cara untuk menarik minat dan perhatian murid adalah dengan menayangkan beberapa video lucu. Melalui penayangan video lucu ini, ianya dapat membantu guru untuk menarik perhatian murid. Namun begitu, video tersebut tidak boleh terlalu panjang kerana murid mungkin akan bosan. Video tersebut mesti bersifat pendek iaitu dalam masa 1-3minit, namun banyak versi video yang ditayangkan. Berikut merupakan beberapa contoh video lucu dalam sukan yang telah saya peroleh daripada youtube :


1)


2)


3)


4)


5)


6)



7)


8)



9)


10)



Sunday, 24 November 2013


10 Keping Foto Teknologi & Inovasi 



Dengan adanya teknologi, pelbagai peralatan dalam sukan telah dihasilkan. Ianya adalah bertujuan untuk memudahkan para atlet, jurulatih, pengadil dan semua yang terlibat dalam bidang sukan untuk mengendalikan sukan tersebut. Penghasilan peralatan teknologi dalam sesuatu bidang sukan dapat meningkatkan prestasi atlet dalam sukan yang diceburinya. Oleh itu saya telah mengenalpasti beberapa peralatan teknologi dalam sukan yang telah dihasilkan untuk membantu meningkatkan prestasi atlet dan memudahkan pengendalian kerja pengadil.



1.  Cyclic Variations in Adaptive Conditioning (CVAC)


                                    

CVAV  adalah kaedah yang diguna pakai berasaskan irama kepada tekanan, suhu dan udara. Ia berfungsi dalam suasana semula jadi iaitu bernafas dan tidak menggunakan bahan kimia atau nitrogen. Semasa sesi CVAC, seseorang itu duduk dengan selesa di CVAC pod.
CVAC mengikut corak tahap penggunanya,  dimana tekanan meningkat dan menurun untuk meniru altitud yang rendah dan altitud yang tinggi. Apabila tekanan bertambah, jumlah oksigen dalam udara secara semula jadi meningkat dan menjadi lebih panas. Apabila tekanan berkurangan, jumlah oksigen dalam udara berkurangan secara semula jadi dan menjadi sejuk. Pengkaji  membuat hipotesis bahawa perubahan ini merangsang tindak balas penyesuaian semula jadi individu untuk alam sekitar. Pengalaman tersebut juga merupakan pengalaman yang unik kepada individu yang menggunakannya.
Dalam satu kajian di University of Hawaii, proses CVAC telah ditunjukkan dengan ketara meningkatkan oksigen yang membawa kapasiti darah subjek kajian. Untuk menyesuaikan diri dengan tahap altitud yang tinggi, individu perlu menggunaknnya selama empat minggu.
Untuk meningkatkan prestasi dan ketahanan diri, atlet bertaraf dunia telah menggunakan penyesuaian altitud tinggi dan latihan selama beberapa dekad. Pengkaji  percaya bahawa melalui penggunaan proses CVAC, individu-individu daripada semua peringkat umur dan tahap aktiviti boleh meningkatkan kesihatan dan tahap kecergasan mereka.



2.    Tiang Lompat Tinggi Elektrik


               

Tiang lompat tinggi elektrik diciptakan dengan menggunakan mikrocontrol yang boleh mengendalikan tiang lompat tinggi melalui remote control. Kelebihan menggunakan tiang lompat tinggi elektrik ini ialah dapat menjimatkan masa dan lebih praktikal. Juri tidak perlu menaikkan dan menurunkan secara manual. Alat ini terdiri dari tiang lompat tinggi, remote untuk mengatur ketinggian dari aplikasi untuk melihat tinggi tiang di komputer atau laptop




3.   Bola CTRUS

              


Bola CTRUS merupakan bola yang dilengkapi kamera di dalamnya yang membolehkan bola tersebut memberi isyarat sekiranya bola tersebut telah melepasi garisan gol. Kelebihan teknologi ini ialah ianya dapat memberikan keputusan yang tepat sekiranya bola tersebut telah memasuki gawang gol. Keputusan untuk menetukan samada bola tersebut memasuki garisan gol atau tidak sekiranya tidak jelas pergerakan bola tersebut dapat dikenalpasti dengan tepat dengan adanya teknologi bola CTRUS.
           


4.    Hawk- Eye
            



Hawk-Eye merupakan teknologi yang digunakan dalam sukan tenis dan kriket. Hawk-Eye berfungsi untuk menentukan adakah bola sudah melepasi garis gelanggang ataupun tidak. Hawk-Eye memancarkan 6 kamera video yang berkelajuan tinggi dan menghubungkan 60 frame sesaat ke komputer untuk mengira trajaktori bola (laluan sesuatu bola yang bergerak dengan laju).
            Dalam tenis, Hawk-Eye cepat menangkap imej bola semasa penerbangan daripada pelbagai posisi di gelanggang. Kamera perlu berada pada kedudukan yang tepat selari dengan garisan dan berada di koordinat keseluruhan gelanggang. Sistem akan mengolah data dengan cepat dari kamera-kamera tersebut. Data yang dikirimkan berupa gambar lapangan yang telah dirumuskan dengan aturan permainan tenis.



5.    Pakaian Renang Speedo-LZR Racer
  

         
Pakaian renang ini merupakan pakaian renang paling banyak mengurangi harungan air sehingga mampu meningkatkan kecepatan atlet. Speedo-LZR Racer ini diproduksi dengan menggunakan bahan serupa dengan pakaian ahli astronomi, iaitu kain unik dari bahan kain LZR Pulse yang lebih ringan, bertenaga dan menolak air. Kain yang sangat tipis, membolehkannya cepat kering dan sangat rendah geseran.
 Inti stabiliti internal yang terdapat dalam pakaian renang tersebut membantu perenang untuk mempertahankan posisi terbaik tubuh selama dalam air. Penggabungan ultrasonik dengan kain, membentuk permukaan yang sangat halus dan melicinkan perenang pada permukaan air. Bahan unik 3-D dirancang untuk mengoptimumkan bentuk perenang secara dinamik.
Pakaian renang Speedo-LZR Racer menjadikan atlet mampu meningkatkan kecepatan bergeraknya untuk meraih waktu terbaik, kerana pakaian tersebut meminimakan halangan yang terdapat di dalam air.


  6.     Bola Ber-MicroChip

                     
                    

Microchip berukuran hanya sebesar kurang dari setengah inch (15 milimeter) diletakkan di dalam bola. Ia akan memancarkan signal apabila bola melepasi garis. Pengadil boleh menggunakan teknologi ini apabila ia merasa ragu untuk membuat sesuatu keputusan. Apabila bola melepasi garis gawang gol, petunjuk di tangan pengadil akan menunjukkan kata ‘Goal’ yang terakam oleh teknologi ini.
 Microchip dirancang untuk dapat membantu pengadil dalam memutuskan adakah bola telah masuk ke dalam gawang gol dan adakah bola telah keluar dari garisan padang. Microchip akan mengirimkan pesan sebagai tanda gol atau tanda bola keluar ke dalam jam tangan yang digunakan pengadil dengan bantuan Goal Line Technology  yang berada di garis gawang gol dan garis keluar padang.
Cara menggunakan teknologi ini sedikit rumit. Bola yang membawa microchip memancarkan signal radio ketika bola melepasi garis gawang. Signal ini akan ditangkap oleh 12 penerima signal di setiap sudut lapangan dan kemudian dihantarkan ke komputer. Pengadil yang bertugas kemudian akan menerima isyarat adakah bola tersebut masuk atau tidak.



7.      Plaster Kinesio
              


                        Plaster kinesio merupakan teknologi plaster kesihatan yang membantu dalam pengubatan otot supaya atlet dapat bekerja dengan lebih maksimum. Dengan menggunakan plaster kinesio, atlet dapat bergerak dengan lebih pantas dan melambatkan kelesuan atlet dalam sesuatu perlawanan sukan. Atlet boleh menampalkan plaster kinesio di seluruh badan bagi membantu menangani kelesuaan yang dialami oleh otot.
Plaster ini sangat fleksibel dan boleh dipakai di bahagian tubuh manapun, tanpa menghalang pergerakan. Permukaan plaster ini bersisik seperti kulit ular dan boleh memperbaiki sirkulasi darah. Selain itu ianya juga meningkatkan tenaga dengan cara mengurangi tenaga yang hilang pada saat otot bergerak.
  

8.      Armour Bite Mouthpiece (Pelindung Gigi)

              


Seperti plaster kinesio, teknologi untuk meningkatkan performa maksimum atlet terus diperkenalkan supaya sukan tersebut dapat diperkembangkan. Armour Bite Mouthpiece memperlebar aliran nafas agar jumlah zat yang membuat fungsi paru-paru meningkat. Ianya boleh meningkatkan kuantiti udara yang masuk ke dalam tubuh penggunanya.
Armour bite mouthpiece mempunyai bentuk deretan gigi bawah sehingga membantu mempertahankan kerenggangan optimal antara deretan gigi dan mencegah kecenderungan mengatupkan rahang semasa bersukan, sehingga jalan udara terbuka, dan kekuatan atlet dapat meningkat hingga 20%. Presiden Armour Bite, Eric Solem mengatakan alat ini akan meningkatkan reaksi atlet sementara hormon yang membawa stres dan keletihan akan menurun.


9.      MiCoach
              


MiCoach adalah teknologi pertama kasut pintar yang digunakan untuk mengetahui dan merakam statistik kecepatan iaitu kecepatan maksimum, jumlah sprint, dan jarak iaitu jarak berdasarkan waktu dan level.
Teknologi olahraga yang berasal dari Jerman ini banyak dipakai oleh pemain bola sepak, pemain tenis dan banyak lagi. Memori miCoach dapat mencatat seluruh data pertandingan hingga 7 jam dan boleh dipindahkan ke tablet dan PC.
            MiCoach boleh digunakan Sama ada di padang, di gelanggang, dalam permainan atau semasa latihan. Apabila MiCoach dipakai, ianya tidak kelihatan di but atau kasut, namun ianya dapat menangkap setiap pergerakan anda supaya anda tahu berapa lama, jauh dan berapa cepat anda bergerak. Melalui miCoach, anda dapat mengetahui dan melihat intensiti tertinggi anda.


10.      M-Frame Oakley
    



M-Frame adalah salah satu kacamata untuk berbagai jenis kegunaan dan kebanyakan dipakai oleh para olahragawan. Kacamata tersebut dipakai apabila latihan. Ianya berguna untuk menfokuskan penglihatan pemain dengan mengaktifkan sensor blingkig.
M-Frame memudahkan atlet dengan memberikan atlet kualiti penglihatan yang optimal, seperti kacamata dengan bahan cold insert dan flexon yang diaplikasikan dalam beberapa siri bingkai. Cold insert adalah teknologi pengolahan bahan plastik yang menghasilkan plastik dengan tingkat ketahanan lebih tinggi terhadap suhu tinggi, terutama matahari.
Bahan ini juga mengikuti bentuk wajah pemakainya dan tidak akan mudah merenggang. Rekaan lensa M-Frame memberi perlindungan dan keselesaan maksimum kepada atlet, terutama untuk kegiatan olahraga.






Biodata




GE 2153 TEKNOLOGI PENDIDIKAN
FAKULTI PENDIDIKAN, UKM
SEM 1 2013-2014
JUMAAT (11-12 TGH)
DEWAN KULIAH 43.102 DTAMS




NAMA                                   : Juriah Binti Mustafa
NO. MATRIK                        : A140912
PROGRAM                            : Pendidikan Sukan Dan Rekreasi
TAHUN PENGAJIAN         : 2
EMAIL                                   : juriahmustafa_15@yahoo.com
FACEBOOK                            : Juriah Mustafa
ALAMAT KOLEJ                   : K13A, Kolej Ibrahim Ya'akub
ALAMAT RUMAH               : B-48, Jalan Surau Kg. Chelong, Chuping,
                                                  02500, Kangar, Perlis.